Monday, July 4, 2016

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR DALAM KELAS

  1. Blog merupakan satu alternatif untuk menyimpan idea atau tugasan untuk dijadikan rujukan pada  masa akan datang. 
  2. Dapat melatih kemahiran kreativiti dalam mengubahsuai blog.
  3. Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai bahasa dan dapat meningkatkan pembelajaran kendiri. 
  4. Dapat berkongsi maklumat dan idea dengan rakan-rakan dan pengajar-pengajar mengenai    bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, gambar, video dan sebagainya. 
  5. Proses pembelajaran lebih mudah dan fleksibel kerana pelajar boleh belajar di mana-mana dan  pada bila-bila masa sahaja. 
  6. Komen yang terdapat pada ruang blog membolehkan pengunjung memberi komen sama ada dari segi pujian atau pun kritikan untuk penambahbaikan. 
  7. Dapat mentransformasikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pengajar kepada berorientasikan pengalaman pelajar di mana pelajar mendapatkan sendiri semua bahan di blog pengajar mereka. 
  8. Pelajar juga menjadi aktif kerana pembelajaran lebih menarik dan ia tidak terhad kepada    penggunaan buku teks sahaja. Pelajar akan meneroka bahan dengan lebih banyak menerusi carian di internet. 
  9. Membantu pelajar untuk memperbaiki penulisan dan memudahkan pelajar melihat hasil daripada pengajar dan rakan-rakan. 
  10. Menggalakkan pengajar dan pelajar berkolaborasi melalui bertukar- tukar pendapat, berkongsi idea dan komen-komen yang positif. 
  11. Perkongsian pendapat antara pengajar dan pelajar akan dapat meningkatkan profesion dan prestasi akademik pelajar. 
  12. Ianya merupakan rujukan untuk pelajar SKN IKM Lumut secara amnya dan kepada pengguna yang lain secara umumnya, tanpa perlu menggunakan kertas untuk di cetak, di mana penggunan kertas ini memerlukan kos serta sukar dibawa kemana-mana.
  13. Memberi kelebihan untuk di muat turun di Handphone dan boleh di baca di mana-mana.
  14. Ini adalah merupakan Inovasi setelah mendengar keluhan dari pelajar sendiri.

Motivasi Kepada Plajar.
  1. Tunjukkan hasil yang terbaik yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar senior, bagi menyuntik semangat dan minat untuk membuat lebih baik dari yang sedia ada.
  2. Memberi pujian dan ganjaran kapada pelajar yang menujukkan minat dalam menyiapkan tugasan.
  3. Mewujudkan semangat kerjasama di dalam sesuatu kumpulan, manfaat yang diperolehi apabila pelajar bekerjasama di dalam satu kumpulan dapat menggalakkan percambahan idea, sokong-menyokong antara satu sama lain dan juga suasana yang seronok untuk belajar.
  4. Memilih di kalangan pelajar yang banyak memberi komitmen dan minat dalam pembelajaran sebagai Mentor kepada pelajar yang sedikit lemah. Ini bertujuan untuk mengelakkan tiada pelajar yang ketinggalan atau tercicir.
IMPAK KEPADA PELAJAR
  1. Memberi pengalaman kepada pelajar bagi menghasilkan produk mereka sendiri hasil dari pembelajaran yang mereka pelajari hasil dari membanggunkan blog mereka sendiri serta mengasah bakat dan memberi sedikit keyakinan kepada pelajar.
  2. Hasil dari penggunaan Blog Pembelajaran ini, terdapat beberapa inovasi yang memberi impak besar kepada organisasi.
  3. Mengurangkan Penggunaan Kertas kerana ia adalah salah satu tujuan pengwujudan blok ini, dimana pelajar tidak perlu lagi membuat cetakan (print) tugasan meraka. Mereka hanya menghantar tugasan meraka di Blog ini sahaja.

4.  Memandangkan keadaaan sekarang ini kos sara hidup pelajar semakin bertambah dengan adanya blog ini para pelajar dapat menjimatkan wang mereka dimana tugasan tidak perlu lagi di Cetak Cuma hanya perlu memuat naik (UPLOAD) di blog ini sahaja.



IMPAK KEPADA PENGAJAR
  1. Pengajar boleh menyemak tugsan pelajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  2. Sekiranya pengajar bertugas diluar kawasan pengajar Cuma perlu memaklumkan kepada pelajar buat tugasan yang di sediakan di blog.
  3. Pengajar tidak perlu lagi menyalin nota dan memberi tugasan di papan putih, cuma mengarahkan pelajar memuat turun Nota dan latihan di blog ini.
  4. Memudahkan pengajar untuk menyemak markah dan tak perlu menyimpan bahan bukti dalam bentuk (Hardcopy).
  5. Tiada lagi masalah hilang atau lupa letak bahan bukti kerana masih ada rujukan di blog.




No comments:

Post a Comment